Friday, August 3, 2007

wahai ibu,wahai ayah...

kata org, kasih ayah sepanjang jalan,sayang ibu membawa ke syurga..
seorang ibu, bila menyayangi anaknya, dia akan berusaha menunaikan segala hajat anaknya, kalau boleh segala urusan anaknya mahu dia menolong supaya anaknya tak terasa terbeban...mahu melihat anaknya bahagia...indahnya cinta seorang ibu terhadap anaknya..

setiap kali selepas solat sudah pasti dia akan menitipkan doa buat anak2nya kesayangan yang mungkin berada di sisi atau mungkin jauh di perantauan, tidak kiralah dengan apa tujuan pun,belajar,bekerja mahupun sedang bertungkus lumus di medan pejuangan...

sejak mula kita dilahirkan ke dunia..tatkala ibu kita menatap wajah kita buat pertama kalinya, sudah pasti terdetik di hati seorang ibu yang sejati, akan impian dan harapan yang menjadi doanya setiap hari agar anaknya menjadi insan berguna di hari mendatang, menjadi insan yang tidak terkecuali mendapat kejayaan dan jua tidak terkecuali dari golongan yang mendapat penjagaan, kasih sayang dan rahmatNYA...
SubahaanaLLAh yang menjadikan hati seorang seorang ibu cukup halus,dan jiwa yang cukup lembut untuk mengasihi amanatNYA yang bernama zuriat...
maha suci ALLAH..maha penyayang ALLAh...yang sudi melimpahkan kasih sayang di jiwa bonda sehingga memampukannya untuk melakuakn apa saja untuk anak-anaknya...

dan ayah..hanya ALLAH saja yang mengetahui,betapa penat dan lelahnya tidak terucap, bagi mendidik dan mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya...sedaya mungkin memohon pertolongan ALLAh agar terus memberi kekutan baginya untuk terus memberi peluang kepada anak-anaknya menuntut ilmu..ayah mengerti bahawa dia tidak punya apa-apa yang berharga untuk diwarisi kepada anak-anaknya apabila dia pergi kelak,hanya ilmu yang diharapkan mampu dibekali bagi mengiringi masa-masa hadapan anak-anaknya...
Ya ALLAH, KAu berilah kepadaku kekuatan untuk merealisasikan impian ayah dan jua harapan ibuku...


YA ALLAH...KAu ampunilah segala dosa-dosaku dan jua dosa ibu ayahku..dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecilku..AMEEN!
~lebah faqiir~