Thursday, October 31, 2013

BICARA MALAM











Malam sunyi sepi,
gelap menyelimuti bumi,
manusia bukan semua memahami,
ILAHI jugalah paling mengenali.

Apa ada pada penerimaan manusia,
bila pada ILAHI  sahaja syurga dan neraka.

Tugas kita usaha dan usaha,
redha ILAHI jua matlamat kita.

Bina peribadi teguh,
jiwa utuh,
minda kukuh,
jahiliyyah roboh.

Biar dipenjara nanti,
penjara ditransformasi,
pusat tarbiyah diri,
lahir ramai pejuang lagi.

Biar kalau mati dibunuh nanti,
mati syahid di sisi Ilahi,
menjadi inspirasi,
bangkit ramai pejuang lagi.

Bukan peribadi lunyai,
mudah cerai berai,
gembira melampau,
jiwa lemau.

Gigit kuat gigi geraham,
peluk erat kedua peha,
roh perjuangan dipasak dalam,
takkan lelah kita mengejar syurga.


Oleh: Hilal Asyraf, 2013