Monday, March 21, 2011

Cukuplah Wahai Hati.


Iman mencuitnya, dia membatu. Iman menepuk-nepuknya, tetap dia membeku. Iman mengetuknya, bersuara keras, “Cukuplah!”. Dia tersentak. Spontan terdongak, menatap iman. Iman merenungnya, sambil berkata, seolah memujuk, “Wahai hati… cukuplah…”. Dia tertunduk. Terpasak tegak. Merenung jauh ke dalam bumi... Bagai terdengar, dirinya bermonolog. Setitis demi setitis kebekuannya mencair.

“Sesungguhnya mereka itu musuhku, melainkan TUHAN semesta alam. Iaitu TUHAN yang telah menciptakan aku, maka DIAlah yang memberi petunjuk kepadaku. Dan yang memberiku makan dan minum. Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku. Dan yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku kembali. Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Qiamat.” (Asy-Syu’ara’:77-82)

Dia tersedu. “Cukuplah wahai hati, cukuplah bagimu mencintai dunia semata, cukuplah sudah masa untukmu bermain di lapangan dunia. Sampai di sini sahaja wahai hati, sekarang mari kembali kepada TUHANmu”, ujar iman, menyapu air mata hati. Dan, jiwa mulai mengukir sebaris senyuman terindah buat hati. Garisan senyum hati dan jiwa berpadu, memandang iman penuh pengharapan, agar terus setia bersama. Ya ALLAH, AlhamduliLLAH.

Monday, March 7, 2011

:: 10 Wasiat Hassan Al Banna ::


InsyaALLAH, ada manfaatnya...
  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  7. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  8. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
  9. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
  10. masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan Masjid Negeri Sabah
&
Perkongsian bersama saudara-saudara seperjuanganUM

Semoga ALLAH merahmati... ameen!

Wednesday, March 2, 2011

Tercari-cari


Kadang-kadang, kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini,
Kita berasa waktu itu membosankan,
Kita rasa kosong,
Kita rasa ada sesuatu yang hilang,
Kita rasa sunyi,
Kita rasa tidak tahu berbuat apa‐apa.

Kita cuba untuk menipu diri,
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan,
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri,
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.

Namun ternyata kita tidak mampu,
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi,
Tidak tahu berbuat apa...

Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha PENCIPTA,
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.

~Jiwa Positif Hidup BerTuhan~
http://www.fuadlatip.com

Tuesday, March 1, 2011

Aku iNGiN MeNdOakAnYA....


Ya ALLAH, rendahkanlah suaraku bagi mereka..

Perindahkanlah ucapanku di depan mereka…

Lunakkanlah watakku terhadap mereka…

Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka…


Ya ALLAH, berikanlah balasan yang sebaik-baiknya

Atas didikan mereka padaku…

dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…

Peliharalah mereka sebaimana mereka memeliharaku…


Ya ALLAH, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,

atau kesusahan yang mereka deritai kerana aku,

Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,

Jadikan itu semua peyebab gugurnya dosa-dosa mereka…

Meninggikan lagi kedudukan mereka…

dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMU ya ALLAH…

Sebab, hanya ENGKAUlah yang berhak membalas kejahatan

dengan kebaikan berlipat ganda…


Ya ALLAH, bila maghfirahMU telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafaat utukku…

Tetapi jika maghfirahMU lebih dahulu mencapai diriku,

maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMU…

Di tempat kediaman yang dinaungi

kemuliaanMU, ampunan serta rahmatMU…

Sesungguhnya ENGKAU yang memiliki kurnia maha agung,

serta anugerah yang tak berakhir…


Dan ENGKAUlah yang Maha PENGASIH di antara semua pengasih…

Ameen…


Kredit buat Burhan Sodiq… Sejuta Cinta Untuk Ibunda….

“Ibu… adakah ibu meredhai saya?”