Tuesday, November 13, 2012
Mengapa Hati Menjadi Keras? Satu Muhasabah...
Para pembaca yang dikasihi sekalian, dalam
satu hadis RasuluLLAH s.aw. yang mulia, Baginda ada menyebut kepada kita,,
“Kurangkanlah
kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada ALLAH SubahaanaLLAhu Ta’ala,
kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras”,
Dan di hujungnya hadis tu NAbi S.AW sambung,
“Dan orang
yang paling jauh daripada ALLAH, adalah orang yang hatinya keras…”
Para pembaca yang dikasihi sekalian, dalam
kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu,m ayah, bos, majikan, pekerja, rakan
sekerja, kita tak lari daripada bercakap, tapi persoalannya, kita nak muhasabah
diri kita hari ini, kita cakap…. cakap kita itu mengingati ALLAH atau tidak?
Bukan kata kita kena berzikir 24 jam, kalau boleh buat begitu bagus,
alhamduliLLAH, tapi kita manusia biasa, kita kena sedar, kita manusia biasa kita
tak mampu buat begitu… jadi, apa yang kita boleh buat, ialah kita cakap seperti
biasa.
Tapi
macam mana percakapan biasa kita itu, nak dijadikan zikir mengingati ALLAH
SubhaanaLLAH Ta’ala. Contoh yang mudah, kita berbual, kita bersembang, ada tak,
kita mengaitkan perbualan kita dengan ALLAH SubhaanaLLAHu Ta’ala? Kita mengatakan,
“AlhamduliLLAH kita berjaya buat, syukur… AlhamduliLLAH, ALLAH telah memudahkan segala urusan kita, masyaALLAH.”
Itu adalah salah
satu kalimah zikir. Duhai pembaca, dalam perbualan kita mengenai makan
contohnya,
“MasyaALLAH sungguh sedap makanan ini. ALLAH bagi kita dapat rasa
makanan ini..
Tapi persoalan kita hari ini, nak muhasabah… kita
cakap dengan kawan, cakap dengan majikan, cakap dengan mak ayah, adik beradik…
kita seklit tak perkara-perkara yang mengingatkan kita kepada ALLAH
SubhaanaLLAH Ta’ala. Dan andai kata kalau kita bercakap benda yang sia-sia,
saya berpesan kepada diri saya, saya pesan kepada saudara-saudara saya, kalau
kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap,
banyak gelak yang sia-sia… ingat, kita berpotensi menjadi orang yang hati
keras. Persoalannya kalau nabi tak kata apa-apa tentang hati keras, tidak apa..
Tapi Nabi kata, kat akhirat, orang yang paling jauh dari ALLAH adalah orang
yang hati keras… itulah yang paling saya takut untuk diri saya dan kita semua..
Saya lagi banyak bercakap… Tapi saya taktau percakapan ini bermanafaat atau
tidak, tapi saya berharap agar ALLAH menjadikan percakapan saya ini sebagai
satu kebajikan….
Dalam cakap kita yang kita sampaikan, cuba elakkan daripada gossip, cuba elakkan
daripada mengumpat, mengata, semua ini akan menbuatkan hati keras, dan
orang hati keras, orang itu paling jauh dengan ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala…. Sedangkan
kita sentiasa mengharapkan ALLAH sentiasa dekat dengan kita, untuk kita doa
supaya ALLAH dengar, ibu ayah nak doa untuk anak, supayaa anak berjaya, anak
doa agar ibu sentiasa dijaga oleha ALLAH Ta’ala dalam kesihatan dan iman, suami
nak doa untuk kebahagiaan keluarga, majikan nak doa untuk kesejahteraan company…
Jadi semua orang perlukan doa, jadi kita mengharapkan ALLAH dekat dengan kita. Tapi
macam mana ALLAH nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras, kategori
orang yang dekat dengan ALLAH tidak ada pada
diri kita?
Cuba kita renung sekejap. Tanya diri kita macam
nak buat biar percakapan kita menjadi satu zikir yang sentiasa mengingati ALLAH
SubahaanaLLAH Ta’ala? Mulut kita mengeluarkan kata-kata, dia pasti menjadi
saksi di akhirat kelak, telinga kita mendengar kata-kata kita, dia pasti menjadi
saksi di akhirat kelak… dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan
mengatakan kepada ALLAH, andai kata kita banyak bercakap yang sia-sia…. Adakah
kita termasuk dalam golongan hati keras itu? Kita sama-sama muhasabah diri… Moga
ALLAH lembutkan hati-hati kita semua… Ameen, Moga kita sentiasa dekat dengan
ALLAH. Moga ALLAH meredhai kita semua. Ameen
Sumber: Kuliah
Ustaz Don Danial: Kenapa Hati Menjadi Keras
Subscribe to:
Posts (Atom)