Saturday, December 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'who Created me, and it is HE Who guides me; Who gives me food and drink, and when I am ill, it is HE Who cures me; Who will cause me to die, and then to life (again); and Who I hope, will forgive me on the Day of Judgement... (as-Syua'ara)
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr RA hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakr RA bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]
Sekian lama hidup di kegelapan…
Teraba-raba tanpa tujuan…
Akal dan budi seakan tak berfungsi…
Ke manakah diri…
Apa diturut kehendak yang meronta…
Menyeksa badan membakar jiwa…
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri…
Renungkanlah ini…
Kita sekadar di persinggahan…
Pasti kembali pada yang menciptakan…
Ombak dan badai lumrah kehidupan insane…
No comments:
Post a Comment