Monday, February 16, 2009
DAN, SIARKANLAH!
Wahai pemuda Islam!
Berfikirlah!
Bekerjalah!
Berusahalah!
Berjuanglah!
Berkorbanlah!
Jayakanlah fikrah ini…
Fikrah Islam termulia…
Yang dengan dasarnya kita berpijak…
Yang dengan sumbernya kita ditunjuki…
Wahai pemuda Islam!
ALLAH telah memuliakan kamu…
Menamakan kamu angkatanNYA…
Mengurniakan iman dalam jiwamu…
Mendidik kamu dengan agamaNYA…
Meninggikan kamu, memartabatmu di dunia…
Dari itu…
Sedarlah!
Siapa dirimu…
Ingatlah ikrarmu padaNYA…
Tika manusia masih tercengang dengan dunia…
Bangkitah duhai pemuda Islam…
Ketahuilah wahai pemuda Islam…
Titik kekuatan adalah iman!
Yang menyatukan hati-hati di antaramu…
Yang memangkinkan kemenangan Islam cemerlang…
Wahai pemuda Islam!
Bersiagalah mengubati dunia…
Yang sistemnya kian parah…
Tampillah dengan nama ALLAH…
Selamatkan dunia ini…
Kerana manusia tertunggu kedatangan penyelamat
Yang mustahil kan muncul…
Tanpa mendukung risalahNYA yang hakiki…
Bangkitlah pemuda…
Dan…
Siarkanlah ia ke seluruh alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam matni...
jgn lupe lawat blog sy,
http://www.aishatulhumaira.blogspot.com
syg kamu! =)
Post a Comment