Monday, August 3, 2009

Perhimpunan Haram?



Sebagai sebuah negara demokrasi yang tulin, rakyat diberi hak dan ruang untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap sesuatu isu, dalam usaha untuk menegakkan keadilan sejagat... "Hak dalam masyarakat bertamadun boleh dilakukan dengan pelbagai cara, seperti rundingan secara diplomatik, tekanan secara politik atau berhimpun secara aman. Semua ini adalah pilihan yg diperuntukkan dlm Perlembagaan Persekutuan. Bagi istilah polis, haram adalah himpunan yg tidak berpermit..aman dlm istilah demokrasi pula adalah, ianya ada asas dalam prlembagaan".[Mujahid Yusof;Wajah Baru Politi Malaysia]

ISA, satu akta yg telah lama menjadi derita kepada insan-insan yg berjuang menegakkan yg hak.Ada satu "Insan tersebut" mengatakan, "Jgn mempolitikkan ISA" padahal ISA sendiri digunakan untuk menahan ahli-ahli politik yg berjuang atas dasar kebenaran..sungguh! betapa kelirunya pernyataan tersebut.

Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos lalu, yg sepatutnya berjalan dlm keadaan aman bertukar menjadi kecoh..bila pihak polis bertindak kejam terhadap rakyat, mereka dengan sampai hatinya, menyembur gas pemedih mata ke arah kelompok manusia yang sedang melaksanakan hak mereka. sampai hatinya mereka menyembur gas itu ke arah kanak-kanak,malah bayi yg berumur kurang setahun pun turut menjadi mangsa...

Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi...Polis dengan dgn megahnya berkata."bersurai!bersurai! perhimpunan ni takde permit!!!" Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Sungguh tidak sangka polis sendiri boleh bertindak sekejam itu terhadap rakyat-rakyat yg tidak bersalah... Di mana demokrasinya negara kita, bila pintu pintu untuk rakyat bersuara dikunci rapat?

No comments: