Monday, March 15, 2010

:: cEriTa HaTi ::


Benar sekali… Mengingati apa yang tiada, mudah sekali. Lebih-lebih lagi sesuatu yang sangat kita dambakan. Menjadi hamba ALLAH yang bersyukur bukanlah perkara yang mudah. Bahkan Rasullullah saw sampai kakinya bengkak karena solat malamnya semata-mata ingin menjadi hamba yang pandai bersyukur…


Kita manusia…yang ketika satu kenikmatan tertunda, begitu mudahnya rasa syukur hilang. Ibarat debu-debu di atas batu licin ditiup pergi oleh angin… Habis! Cepatnya terhakis rasa keyakinan kepada DIA yang sentiasa memberi….. Bila hasrat dipinta tertunda, seakan-akan semua indera kita terpusat di sana… Semua menumpu ke sana. Merasakan diri orang yang paling malang… Menangis-nangis, merintih… mengapa semua yang dipinta tidak pernah diperoleh? Padahal, kalau dialihkan pandangan ke sudut-sudut lain… betapa banyak kurnia yang diterima…


Manusia suka tak perasan… Selalu membanding-bandingkan nikmat yang diterima orang… Seolah-olah semua itu jadi milik orang lain saja… Cuba, kalau sejenak lihat pada diri.. apa yang kita ada, itu semua kurnia juga… Cuba kita kira berapa ramai lagi orang yang tidak punya apa yang kita ada….? Manusia suka lupa untuk mensyukuri apa yang dia ada…Kalau selalu begini, macam mana nak jadi hamba yang berterima kasih ni…?


Kan ALLAH dah janji untuk kabulkan semua pinta. Ha.. itu pun manusia lupa juga… Bila minta sekali, tapi DIA belum bagi… mulalah hati rasa sedih, seolah-olah DIA dah tak sayang… Sabarla dulu… Dia nak suruh kita doa banyak-banyak tue…. Biar DIA boleh bagi pahala banyak-banyak sikit kat kite… Takkan tu pun kite taknak jugak…


Kelemahan kita adalah..kita sering tergesa dengan semua pinta. Kalau nak sesuatu,mesti nak dapat cepat-cepat…. Kita suka salah faham, kalau DIA tak bagi, mula rasa DIA tak pedulikan kita… Kita tak tahu, padahal DIA ingin mengabulkan pinta kita pada saat yang tepat! Dan DIA tahu bila saat tepat tu… Dan nafsu memang sering tergesa-gesa mahu dapat segera. Dalam bentuk yang nyata pulak tu…. Nasib baik DIA tak pernah jemu dengan kerenah kita yang macam-macam…


Kalau kita perasan, ada yang indah dalam pertolongan ALLAH… tapi peliknya, jarang sekali kita sedari… Padahal ia dah banyak kali terjadi pada kita… Sebagai contoh, bila kita mengalami masalah kewangan… Kita mengangkat tangan berdoa,memohon moga diangkat cepat-cepat bebanan itu dari kita… Tiba-tiba muncul insan menghulurkan pertolongan meringankan bebanan itu… Dan bila mana kita keseorangan memerlukan tempat mengadu, tiba-tiba datang seorang teman minta untuk dikongsi rasa…


Bila suatu saat kita, dirundung banyak masalah… tiba-tiba ALLAH hadirkan seseorang, datang kepada kita mengadu masalahnya yang jauh lebih berat, dia meminta nasihat dari kita… Sebenarnya pertemuan tu ALLAH atur untuk kita supaya kita jadi lebih kuat…membolehkan kita jadi lebih tabah. Tidakkah kita ingati..DIA cakap, DIA takkan uji melebihi kemampuan kita ? Kenapa selalu lupa pesanan-pesanan DIA dalam lembaranNYA? Pada saat seperti inilah seharusnya ilmu itu kita bunyikan… DIA bukan apa sebenarnya… DIA Cuma mahu berikan yang terbaik untuk kita…


Sama juga dengan soal jodoh… Jangan risau andai jodoh kita belum tiba… sebenarnya semua urusan jodoh itu sudah selesai ALLAH siapkan, sebelum kita lahir lagi… Cuma waktu belum tiba… Nantila dulu… jangan risau… Cuma kena usaha… dan dalam bersusaha jangan lupa yakinkan hati, bahawa DIA pasti kabulkan doa kita… DIA pasti beri jodoh dengan orang yang tepat dan juga pada waktu yang tepat pula! Sekarang, ALLAH menjaga kita dengan menjadikan kita sibuk… supaya kita tak fikir tantang soal tu dulu...walau kadang-kala untuk sementara. DIA selalu memudahkan semua urusan kita.. ALLAHlah yang menghadirkan saudara-saudara seiman kita yang bersedia menolong kita.


Pandanglah sekeliling kita. Alangkah indahnya setiap kepingan-kepingan peristiwa yang DIA tatahkan dalam hidup kita…begitu indah sehingga membentuk bingkai kehidupan yang tanpa cacat cela… Kemanakah syukur dan redha kita? Kemanakah rase husnuzon kita pada DIA? Kemanakah syukurnya kita bila diuji? Padahal DIA mahu jadikan kita lebih mulia, di sisiNYA… Jangan pernah berputus asa. Jadilah hamba Allah yang pandai bersyukur di setiap nikmatNYA…dengannya semoga syurga, ampunan dan redhaNYA menjadi milik kita. Ameen ! WaLLAHu’alam…


Buat ibu ayahku… didoakan moga dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk melakukan amal soleh…buat adik-adikk, kakak-kakak, dan abang-abangku… bersabarlah… setiap yang berlaku ada hikmahnya.. mudahan kita semua kan selamanya mampu menjadi anak terbaik buat ayahbonda… buat semua didoakan semoga kita dipanjangkan umur dalam ketaataan, dan mudah-mudahan hidup kita kn sentiasa terpimpin dengan hidayahNYA…

2 comments:

Khaulah Azwar said...

Matni tulis sendiri ek? huhu terharu sgt2..syukran atas perkongsian shbt =)

lebahfaqir said...

sama2 fizah... barakaLLAHufiik.. =)