Tuesday, March 23, 2010

:: RuMAh di tePi PanTaIku roBoh ::


Hari ini, rumahku di tepi pantai, roboh. Tapi robohnya, bukanlah kerana dilanda ombak, aku sendiri yang bertekad untuk merobohkannya... kerana sejak akhir-akhir ni, ombak makin mengganas. Kulihat ombak makin hari makin gagah memulas air laut naik ke atas... membentuk satu gelombang yang sangat besar, yang apabila ia tiba di pesisir pantai, ia menghempas. Begitu kuat... Bunyinya makin menyeramkan... Aku jadi tidak tenteram.

Kalau dulu, aku memilih untuk membina rumah di sini, kerana suasananya sungguh mendamaikan... desiran angin meniup lembut permukaan laut, menjadi siulan alam yang memantulkan betapa indahnya ciptaan Tuhan... aku merasakan setiup deruan ombak, bagaikan sedang menghiburkan hati, bila aku kesedihan... setiap kali ku lemparkan pandangan ke tengah laut, aku melihat langit seolah-olah bersatu dengan permukaan laut... Setiap pagi, kumelihat matahari menjenguk ceria di antara keduanya, memberi sinar harapan buat insan bahkan buat semua makhlukNYA... Begitu indah. Bila saja ku berdiri di pinggir pantai, sering saje ilhamku muncul, mengkhabarkan bahawa, DIA tidak pernah jauh dariku... Aku bahagia di sini....

Tapi itu dulu, musim itu telah berlalu rupanya... kini, tiupan lembut, berubah menjadi taufan... Ketika itu kulihat, bagaikan pohon-pohon kelapa bersepakat mahu menghempap rumahku... Aku jadi gerun... Ombak makin ganas memukul pantai... Aku resah... Setiap masa harus berwaspada memerhati, mengira-ngira berapa jauh lagi jarak yang tinggal untuk ia menyambar rumahku... Ia bagaikan suatu pekerjaan baruku... Aku tidak gembira. Aku sedar, rumahku sekadar rumah papan yang pasti akan ranap walau hanya dengan satu sambaran ombak...

Oh Tuhan.... Aku merintih memohon bantuanNYA... aku tahu, ini bukan salah ombak, bukan pula salah angin... mereka cuma menjalankan tugas seperti yang diarahkan TUAN mereka... TUAN mereka TUHAN aku... ya TuHAN... sesungguhnya, mereka tidak ragu walau sedikit pun untuk melaksanakan amanah mereka... walau ia mungkin membahayakan insan... mereka bukan kejam... mereka hanya terlalu setia... ya TUHAN... aku malu untuk memohon agar diredakan ombak itu... kerana kutahu, aku bukanlah hambaMU yang setia, sebagaimana setianya ombak padaMU... ya ALLAH... maafkan aku kerana berburuk sangka pada makhlukMU yang terlalu tulus pengabdiaanya padaMU... maafkan aku ya ALLAH kerana cuba menghalangnya dari terus berkhidmat untukMU....

Setianya ombak, meyebabkan aku kalah sendiri... aku tekad, kerobohkan rumahku, sebelum ia ranap dihempas ombak... sekurang-kurangnya, kayu-kayu dan perkakasnya masih boleh digunakan untuk mendirikan rumah ditempat baru... Aku sedar, dalam soal ini, aku yang bersalah. Aku tidak berfikir panjang semasa mengambil keputusan untuk mendirikan rumah di pinggir pantai... kerana mesranya tiupan angin pantai, bukan selalu... dan tenangnya ombak bukan selamanya...

Selamat tinggal ombak... ada waktu kudatang lagi, menjengukmu di sini...
Terima kasih ombak, kau menjadi guru senyapku...
Mengajarku erti pengabdian, kesetiaan, ketaatan seorang hamba....
Ketegasamu menjalankan perintah menjadikan aku malu sendiri...
Teruskan wahai ombak, mejadi makhlukNYA yang selamanya setia kepada DIA...
Hinggalah dunia sampai ke punghujung usia...



2 comments:

Khaulah Azwar said...

Matun, kte ske sgt cerita ni..kte terfikir, klu kte berumah di tepi pantai, adkh kte akn merenungkan consequence drpd tempat tggl kte tu..kta x sesetia ombak..thank u shbt 4 sharing dz wonderful story! U r my teacher instead of the 'ombak' ;)

lebahfaqir said...

hmm, u r welcome dear... hmm betul fizah, kite x sesetia ombak... walaupun kite x mampu menjadi sesetia ombak... mudah2an kite mampu menjadi hamba yg lebih setia... dari hari ke hari... ameen! (^^)