Tenang. Menyenangkan. Menenangkan. Kaya sekali dengan akhlak. Jernih wajahnya yang murah dengan senyuman. Dia yang tegas pendiriannya… yang lembut jiwanya… yang kental semangatnya… yang halus bahasanya… yang santun pekertinya.
Sungguh, itu dia…Aku kenal dia… Dia manusia. Biasa sahaja. Dia berlagak. Biasa juga. Bersahaja biasanya. Perasaannya sama. Persis orang lain… Dia gembira, dia bersedih, dia ceria, dia berduka… dia ketawa dan dia menangis… Terkadang, dia menangis gembira… adakala, dia menangis terluka… Dan… atas semua, dia bersyukur dan bersabar… Dia bagaikan tidak pernah marah. Bukan tidak tahu marah. Cuma tidak mahu, marah begitu. Dia marah. Tapi bukan seperti taufannya angin, bertiup kencang… menakutkan dan mengoyak hati insan… marahnya seperti sepoinya angin yang berbahasa lembut, menyusun kata menegur insan, yang mampu membelek lembaran hati-hati insan melihat kebenaran, dan menilai kekhilafan… Tenang dan senang insan bersamanya…
Dia…
Itulah… saudaraku… seiman, seaqidah… seperjuangan…
saudara duniaku, saudara akhiratku…
Dia senang didekati, kerana dia senang mendekati TUHANnya… Tenangnya insan bersamanya, kerana senangnya dia bersama TUHANnya….
Doaku…
Semoga dia terus lebih baik dari itu…
Dan, semoga, dia selamanya dicintai SANG PENCIPTA dia…
Dedikasi Untukmu, Saudaraku Selamanya…
(adaptasi dari lagu Are Buddy: Dianku Abadi)
Dirimu umpama dian menerangi
Kegelapan ruang yang tiada cahaya…
Itulah diriku… ketika masa dahulu…
Namun kini… kupunya penyuluh…
Apa yang kau beri memandu jalanku….
Tiada lagi jalan yang sekabur dulu…
Kini langkahku… menuju kejayaan…
Cuma doa sentiasa kupanjatkan…
Bersama harapanku yang takkan pudar…
Mungkin tiada siapa mengerti,
Sendu tangis di sudut hatimu…
Menjadi azimat pendorong dirimu…
Dalam tenang engkau resah…
Dalam riang engkau derita…
Siapa yang tahu…
Namun…
Kerana ilmumu tidak ingin dipersia…
Engkau menjadi dian yang menerangi…
Insan-insan yang di sisi…
Pesanku…
Jika usahamu dilupai…
Jika pengorbananmu tidak dihargai…
Jika keringatmu tidak disanjungi…
Dan jika penat lelahmu tidak dipeduli...
Jangan berkecil hati….. itu cuma anugerah duniawi…
Kerana, keikhlasanmu tetap ALLAH catatkan…
Buat bekalmu ke sana nanti…
Kan kucatat… segala memori itu…
Bahawa pengorbananmu kan ku ingat selalu…
Kan kukupas… kata-kata menjadi lagu..
Agar kau terhibur selalu…
Bahawaku mengasihimu…
Andai saatnya, kita berpisah…
Kuharapkan…
Dengan takdirNYA kita kan berkumpul lagi…
Kalau tidak di sini, biarlah di sana…
Kuharapkan doamu di kejauhan
Kurayukan doa buatmu...
Moga hidupmu dirahmati selalu
Ingatan padamu tidakkan pudar..
Padamu yang kusayang….
Ya ALLAH..... AlhamduliLLAH.
2 comments:
Sahabatku Halimatun,
Sungguh, terima kasih ats segalanya, memegang gelar 'Sahabat Dunia Akhirat'ku =)
Coretan Matun ini ditujukan utk Matun juga, begitu yg kte rasai apabila berdampingan dgn insan yg bernama SAHABAT..
p/s: bnyk skali kenangan yg tercipta di Lembah Klang kn? May Allah always be with u ukhti :)
Assalamu'laikum wbt..
ukhti, mohon izin untuk copy dan post artikel ini di blog..menyentuh hati dalam mencari diri..
Post a Comment