Monday, January 5, 2009

Perang Gaza, di sana ada dua pemandangan...


Hari ini, genap sembilan hari umat Islam di Gaza, bermandi darah dan air mata selepas serangan tentera Israel di hujung disember 2008. ketika umat Islam di seluruh dunia tidak sabar-sabar menanti kedatangan tahun baru Hijrah dan manusia di seluruh dunia pula menunggu kedatangan tahun baru 2009, kita di dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila pejuang Israel melepaskan sebanyak 30 peluru berpandu di semenanjunng Gaza dan mengorbankan beratus-ratus Umat Islam di sana...

Menurut Ismail Haniyah Perdana Menteri Palestin, perang Gaza dikatakan sebagai “perang pembeza”. Kerana “keadaan sebelum perang akan berbeza dengan keadaan setelahnya.”

Kata beliau ,“Apa yang terjadi di Gaza adalah perang bersungguh-sungguh. Perang tanpa moral dan etika. Perang tanpa prinsip-prinsip. Perang yang melanggar semua konvension, hukum, prinsip-prinsip serta undang-undang dunia dan langit. Ini adalah perang pemusnahan terhadap rakyat Palestin. Perang sesungguhnya yang menjadikan target semua yang ada di atas tanah. Pembunuhan yang terfokus pada warga awam. Perang yang menggunakan segala senjata. Tanpa mengecualikan apapun sebagai targetnya, kanak-kanak dan orang dewasa, warga awam dan pejuang. Namun demikian, front internal Palestin sangat kuat dan teguh. Gaza dan rakyatnya akan keluar dengan damai dan aman, dengan kekuatan dan kemampuan dengan izin Allah.”

Menurutnya lagi, di saat ini, di Semenanjung Gaza, ada dua pemandangan;

- pemandangan yang pertama adalah, kehancuran,pembunuhan, potongan tubuh, bom, keganasan dan ketakutan. Kerana perang ini menggunakan semua jenis senjata untuk menghancurkan segala hal di atas bumi Palestin. Dan... pandangan ini adalah amat menyakitkan.

- pemandangan yang kedua adalah, semangat juang, kegigihan, keteguhan, kemampuan untuk berkorban dan kemampuan menyerap gempuran, pemandangan kesiap-siagaan para mujahidin yang membela tanah dan rakyatnya.

Beliau mengharapkan semangat juang inilah yang akan menang dalam melawan penghancuran, darah ini akan menang menghadapi pedang, kanak-kanak miskin ini akan menang menghadapi pesawat gila yang membawa bertan-tan bom, rakyat ini akan menang menghadapi kapal-kapal perang yang kembali menguasai perairan dekat Gaza, akan menang menghadapi kereta kebal yang sedang menunggu melancarkan pembunuhan lebih banyak lagi terhadap rakyat Palestin.

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Wahai kaum Muslimin dan Muslimat!
teruskanlah berdoa agar ALLAH memberi kekuatan, ketabahan dan kemenangan kepada para Mujahidin kita,
Wahai saudaraku yang belum berdoa! Aina Du'akum ya Ikhwani..?
ayuh! bersegeralah! titipkanlah doa-doamu buat saudara-saudara kita di sana...
mohonlah bantuan ALLAH kepada mereka ke atas musuh-musuh mereka, musuh-musuh Islam musuh-musuh ALLAH!

Saturday, January 3, 2009

cinta ALLAH...


"engkau bermaksiat kpd ALLAH..

tetapi, katamu, kau mencintai Dia,

sungguh! ini adalah qiyas yang keliru…

kalaulah benar cintamu kepadaNYA..

kau pasti mentaatiNYA…kerana,

pencinta itu pasti taat kepada yang dicintainya…"

Mahabbah liLLAH. tujuan akhir, darjat tertinggi. cinta teragung. yang paling bermanfaat…paling mulia…yang yang abadi adalah cintakan Zat yang telah menjadikan seluruh makhluk memiliki fitrah untuk mengESAkanNYA…

ALLAH dicintai bukan kerana sesuatu yang lain. ALLAH dicintai dari segala aspek. Bahkan ia akan membangkitkan rasa cinta terhadap sesuatu yang lain dalam rangka rasa kecintaan kepadaNYA. bermakna cinta kepada apa yang dicintaiNYA..dan benci kepada perkara yang dibenciNYA…

Fitrahnya, seluruh hati diciptakan dgn tabiat cinta kpd sesiapa saja yang memberinya nikmat dan bersikap baik kepadanya. maka, bagaimana dgn Zat yang seluruh kebaikan berasal daripadaNYA…SubhaanaLLAH! MAha suci DIA…yang setiap detik dan setiap ketika melimpahkan pelbagai jenis nikmat yang tidak terhigga kepapa makhlukNYA…tiada suatu pun nikmat yang dirasakan oleh makhlukNYA, kecuali semua berpunca daripadNYA…


"segala nikmat yang ada pada kalian berasal dari ALLAH…kemudian jika kalian ditimpa kemudharatan kepadaNYAlah kalian memohan pertolongan"

(An-NAhl : 53)


Kita hamba. dan kebaikan ALLAH terus menerus turun kepada hambaNYA. sementara sang hamba pula terus menerus melakuakan kemaksiatan…ALLAH swt, sentiasa mengusahakan kecintaan hamba kepdaNYA…padahal, DIA sedikit pun tidak memerlukannya..sedang, sang hamba, terus menerus melakukan perkara yang ALLAH murka…

padahal apa yang sang hamba perlukan adalah cinta ALLAH…kebaikan ALLAH swt dan limpahan nikmatNYA…tidak menghentikan perbuatan maksiat. pun begitu, kemaksiatan hambaNYA tidak menghentikan kebaikan ALLAH swt terhadap hambaNYA…

Friday, January 2, 2009

WASIAT HASSAN AL BANNA



Wahai saudaraku, dengarlah!.
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekalian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh itu saya berwasiat kepada anda sekalian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat…

Wahai saudaraku;
Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.

Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.

Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim.

Andainya dikatakan kepadaanda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.

Saturday, December 27, 2008

SuaRA HatI


Buat diriku…

dalam hidup ini …kita diberi masa untuk merasa dan kita akan pulang untuk dinilai dengan adil dan saksama…

ketika mana kita membuka senaskhah hati yang penuh cela dan duka, ALLAH menutupnya dengan penuh rahsia. tika kita menyangka bahawa hidup ini hanyalah sebuah cerita yang penuh dengan tulisan luka…ALLAH menterjemahnya dengan pelbagai warna…

Tika kita ingin mengalah dan tunduk kepada malam yang kelam, gelap dan pahit…tika malam tiada bulan, tiada bintang, ALLAH berikan sebuah rasa yang bernama "cinta"… lalu, mengapa diketepikan DIA?…

ketika kita meratap penuh hiba…dalam zikra rindu…DIA menyambutnya…cintaNYA sentiasa ada tersedia buat hamba-hambaNYA…

menangislah! menangislah di atas segala dosamu…andai kau tak mampu menangis untuk itu…lau, menangislah…lantaran kau tak mampu menangisi dosamu sendiri…mudah-mudahan kan terhapus selapis demi selapis penghijab hatimu..penghijab yang menutupi hatimu darei melihat dosa-dosamu yang tersembunyi memenuhi juzuk-juzuk di dalam hatimu…yang menghalangi cahayaNYA dari meresapi jiwamu…

Wahai diriku… menangislah! pada ketika purnama memeluk senja…dakapilah bait-bait perjalanan susah payah itu…yang kemudiannya akan menunjukkan mu ke jalan yang terang…


Pada saat kau berduka…

tiada pernah kau mahu mengenang saat-saat yang membuatmu ketawa…kerana, bagimu cintaNYA telah ,menjadi penawar buat segala rasa dukamu…lalu, hadirkanlah rasa syukurmu pada DIA yang tak pernah jemu menghulur kasih simpati buatmu

INGIN



di atas telapak kenangan yang terbina,

kusemaikan benih-benuh harapan…

untuk menjadi hamba yang mukhlis…

kusiramkan dengan doa dan kubajakn dengan zikir…

kumahu menjadi pepohon yang tumbuh, rendang, redup…

memayungi alam ummah…

kuingin menjadi insan…insan yang khalifah…

di darul fana ini…

Wednesday, December 24, 2008

Wednesday, November 5, 2008