Monday, March 21, 2011

Cukuplah Wahai Hati.


Iman mencuitnya, dia membatu. Iman menepuk-nepuknya, tetap dia membeku. Iman mengetuknya, bersuara keras, “Cukuplah!”. Dia tersentak. Spontan terdongak, menatap iman. Iman merenungnya, sambil berkata, seolah memujuk, “Wahai hati… cukuplah…”. Dia tertunduk. Terpasak tegak. Merenung jauh ke dalam bumi... Bagai terdengar, dirinya bermonolog. Setitis demi setitis kebekuannya mencair.

“Sesungguhnya mereka itu musuhku, melainkan TUHAN semesta alam. Iaitu TUHAN yang telah menciptakan aku, maka DIAlah yang memberi petunjuk kepadaku. Dan yang memberiku makan dan minum. Dan apabila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku. Dan yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku kembali. Dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari Qiamat.” (Asy-Syu’ara’:77-82)

Dia tersedu. “Cukuplah wahai hati, cukuplah bagimu mencintai dunia semata, cukuplah sudah masa untukmu bermain di lapangan dunia. Sampai di sini sahaja wahai hati, sekarang mari kembali kepada TUHANmu”, ujar iman, menyapu air mata hati. Dan, jiwa mulai mengukir sebaris senyuman terindah buat hati. Garisan senyum hati dan jiwa berpadu, memandang iman penuh pengharapan, agar terus setia bersama. Ya ALLAH, AlhamduliLLAH.

Monday, March 7, 2011

:: 10 Wasiat Hassan Al Banna ::


InsyaALLAH, ada manfaatnya...
  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  7. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  8. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
  9. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
  10. masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan Masjid Negeri Sabah
&
Perkongsian bersama saudara-saudara seperjuanganUM

Semoga ALLAH merahmati... ameen!

Wednesday, March 2, 2011

Tercari-cari


Kadang-kadang, kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini,
Kita berasa waktu itu membosankan,
Kita rasa kosong,
Kita rasa ada sesuatu yang hilang,
Kita rasa sunyi,
Kita rasa tidak tahu berbuat apa‐apa.

Kita cuba untuk menipu diri,
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan,
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri,
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.

Namun ternyata kita tidak mampu,
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi,
Tidak tahu berbuat apa...

Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha PENCIPTA,
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.

~Jiwa Positif Hidup BerTuhan~
http://www.fuadlatip.com

Tuesday, March 1, 2011

Aku iNGiN MeNdOakAnYA....


Ya ALLAH, rendahkanlah suaraku bagi mereka..

Perindahkanlah ucapanku di depan mereka…

Lunakkanlah watakku terhadap mereka…

Dan lembutkanlah hatiku untuk mereka…


Ya ALLAH, berikanlah balasan yang sebaik-baiknya

Atas didikan mereka padaku…

dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…

Peliharalah mereka sebaimana mereka memeliharaku…


Ya ALLAH, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,

atau kesusahan yang mereka deritai kerana aku,

Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,

Jadikan itu semua peyebab gugurnya dosa-dosa mereka…

Meninggikan lagi kedudukan mereka…

dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenanMU ya ALLAH…

Sebab, hanya ENGKAUlah yang berhak membalas kejahatan

dengan kebaikan berlipat ganda…


Ya ALLAH, bila maghfirahMU telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafaat utukku…

Tetapi jika maghfirahMU lebih dahulu mencapai diriku,

maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanMU…

Di tempat kediaman yang dinaungi

kemuliaanMU, ampunan serta rahmatMU…

Sesungguhnya ENGKAU yang memiliki kurnia maha agung,

serta anugerah yang tak berakhir…


Dan ENGKAUlah yang Maha PENGASIH di antara semua pengasih…

Ameen…


Kredit buat Burhan Sodiq… Sejuta Cinta Untuk Ibunda….

“Ibu… adakah ibu meredhai saya?”

Friday, January 28, 2011

Dia... begitulah...


Tenang. Menyenangkan. Menenangkan. Kaya sekali dengan akhlak. Jernih wajahnya yang murah dengan senyuman. Dia yang tegas pendiriannya… yang lembut jiwanya… yang kental semangatnya… yang halus bahasanya… yang santun pekertinya.

Sungguh, itu dia…Aku kenal dia… Dia manusia. Biasa sahaja. Dia berlagak. Biasa juga. Bersahaja biasanya. Perasaannya sama. Persis orang lain… Dia gembira, dia bersedih, dia ceria, dia berduka… dia ketawa dan dia menangis… Terkadang, dia menangis gembira… adakala, dia menangis terluka… Dan… atas semua, dia bersyukur dan bersabar… Dia bagaikan tidak pernah marah. Bukan tidak tahu marah. Cuma tidak mahu, marah begitu. Dia marah. Tapi bukan seperti taufannya angin, bertiup kencang… menakutkan dan mengoyak hati insan… marahnya seperti sepoinya angin yang berbahasa lembut, menyusun kata menegur insan, yang mampu membelek lembaran hati-hati insan melihat kebenaran, dan menilai kekhilafan… Tenang dan senang insan bersamanya…

Dia…
Itulah… saudaraku… seiman, seaqidah… seperjuangan…
saudara duniaku, saudara akhiratku…

Dia senang didekati, kerana dia senang mendekati TUHANnya… Tenangnya insan bersamanya, kerana senangnya dia bersama TUHANnya….

Doaku…
Semoga dia terus lebih baik dari itu…
Semoga aku bisa menjadi seperti dia...
Dan, semoga, dia selamanya dicintai SANG PENCIPTA dia…


Dedikasi Untukmu, Saudaraku Selamanya…
(adaptasi dari lagu Are Buddy: Dianku Abadi
)

Dirimu umpama dian menerangi
Kegelapan ruang yang tiada cahaya…
Itulah diriku… ketika masa dahulu…

Namun kini… kupunya penyuluh…
Apa yang kau beri memandu jalanku….
Tiada lagi jalan yang sekabur dulu…
Kini langkahku… menuju kejayaan…
Cuma doa sentiasa kupanjatkan…
Bersama harapanku yang takkan pudar…

Mungkin tiada siapa mengerti,
Sendu tangis di sudut hatimu…
Menjadi azimat pendorong dirimu…
Dalam tenang engkau resah…
Dalam riang engkau derita…
Siapa yang tahu…

Namun…
Kerana ilmumu tidak ingin dipersia…
Engkau menjadi dian yang menerangi…
Insan-insan yang di sisi…

Pesanku…
Jika usahamu dilupai…
Jika pengorbananmu tidak dihargai…
Jika keringatmu tidak disanjungi…
Dan jika penat lelahmu tidak dipeduli...
Jangan berkecil hati….. itu cuma anugerah duniawi…
Kerana, keikhlasanmu tetap ALLAH catatkan…
Buat bekalmu ke sana nanti…

Kan kucatat… segala memori itu…
Bahawa pengorbananmu kan ku ingat selalu…
Kan kukupas… kata-kata menjadi lagu..
Agar kau terhibur selalu…
Bahawaku mengasihimu…

Andai saatnya, kita berpisah…
Kuharapkan…
Dengan takdirNYA kita kan berkumpul lagi…
Kalau tidak di sini, biarlah di sana…
Kuharapkan doamu di kejauhan
Kurayukan doa buatmu...
Moga hidupmu dirahmati selalu
Ingatan padamu tidakkan pudar..
Padamu yang kusayang….



Ya ALLAH..... AlhamduliLLAH.

Sunday, April 4, 2010

:: mEnAnGis? ::

Hadirnya satu anugerah... lalu, mengapa hadirnya tidak dihiraukan? Bila ia pergi, baru terasa kehilangan... Sayunya di hati bila ia tidak kembali lagi... mencarinya dengan hati suci lebih indah, dari memiliki tapi tidak mampu menghargai...kejar ia sebelum ia hilang dari pandangan mata hati... hargailah setitis iman di hati... jangan biarkan ia pergi... ya ALLAH kekalkan iman di hati...

Friday, April 2, 2010

:: inGaTan TeMaN Dari SeBerAnG::


...Kehidupan itu umpama sebuah perjalanan. Kenyataan akan mempertemukan kita dengan harapan dan keinginan. Kehidupan akan selalu berjalan dan berjalan, berputar, hingga kita mungkin akan tak faham mana hujung dan mana pangkal. Namun, belajar tentang kehidupan adalah juga belajar untuk menciptakan tanda-tanda perhentian. Berhenti sejenak. Merenungkan perjalanan yang telah kita lalui. Siapkan persimpangan-persimpangan dalam hidup kita agar dapat membuat kita kembali menentukan arah perjalanan..


..Kadang, kita mungkin merasa mengapa ada banyak sekali beban, masalah, hambatan yang kita hadapi dalam mendaki jalan kehidupan ini? Cubaan yang diberikan ALLAH buat kita adalah latihan. Hanya ujian. Kita adalah umpama besi-besi yang ditempa. Kita adalah seperti pisau-pisau yang terus diasah. Sesungguhnya, di sebalik semua ujian dan latihan itu tersimpan petunjuk. Ada tersembunyi tanda-tanda, asal kita PERCAYA..Ya, asalkan kita percaya. Seberapa besar rasa percaya kita kepada ALLAH hingga kita mahu menyerahkan semua yang ada pada diri kita kepada-NYA?..


..akan ada petunjuk-petunjuk ALLAH dalam setiap langkah kita menapaki jalan kehidupan ini. Semoga kita bisa mencari, menggali dan menemukan rasa percaya itu dalam hati kita...sebab saat kita telah percaya, maka petunjuk itu akan datang tanpa disangka..


..ALLAH memang selalu punya rencana-rencana rahsia untuk kita. ALLAH dengan kuasa Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia akan selalu memberikan jawapan-jawapan buat kita. Walaupun kadang-kala penyelesaiannya tak selalu mudah ditebak. Yakinlah, ALLAH Maha Tahu yang terbaik buat kita. Saat dititipkanNYA cobaan kepada kita, kita harus ingat akan ada saat lain, saat DiA memberikan kita kurnia yang berlimpah. UjianNYA bukanlah harga mati...


Tetap SEMANGAT!! (^_~)