Thursday, May 5, 2011

Masam Manis Kehidupan

“We, masam la limau nih”, komenku pada wan,sambil menghabiskan limau di tanganku.. Wan atau ‘we’ dalam loghat Kelantan adalah panggilan kami adik beradik kepada ibu kami. Wan tergelak kecil mendengar rungutanku. “Macam tu la kita… Tak baik, cakap macam tu, Tun…limau masam ke manis ke, semua tu ALLAH yang jadikan… Kita ni bukan nak bersyukur, asyik nak membebel saja bila rasa buah tak sedap, masamla, pahitla… kita ni, nak buat limau masam sebiji pun tak boleh… “ ujar wan. Aku tersengih memandang wan… rasa malu jugakla sebenarnya. “Hmm, tapi kalau kita masak lauk tak sedap, contohnya, kalau orang nak gulai ikan, tapi gulai tu masin? Bolehkan kita cakap, masinla gulai ni, tak sedap… boleh kan? Sebab gulai tu kita yang masak, bukan ALLAH yang buat?” Tanyaku pada wan, sebenarnya lebih kepada nak ‘cover’ malu. Tiba-tiba terasa macam bodoh pulak bila dah tanya soalan tu. Hmm, takpelah.. lagipun sekali-sekala balik kampung, nak juga bermanja dengan wan. “Sebenarnya tu pun tak boleh… memangla, lauk tu semua kita yang masak, tapi kalau ALLAH tak izin dia sedap, dia takkan rasa sedap… macam pokok tu, dalam pagar kita tu, kalau kita semai elok-elok, dan jaga baik-baik.. tapi kalau ALLAH tak izin pun, dia tak tumbuh jugak…” Balas ibuku…

Itulah perbualan aku dengan ibu, sewaktu aku pulang ke kampung dua minggu lepas. Sebenarnya, manusia memang susah sangat nak bersyukur (aku la tu). Apa yang diperoleh ada sahaja yang tidak kena. Begitulah pula dengan kehidupan kita. Ada masamnya, dan ada manisnya. Semua ALLAH susun dengan penuh hikmah… Terpulang pada kita mahu terima dengan cara apa pun. Dan semuanya itu akan dinilai oleh ALLAH nanti. Sebenarnya ALLAH hadirkan rasa ‘masam’ dalam kehidupan untuk menguji adakah kita benar-benar sabar dalam menghadapinya. Kalau diperhatikan betul-betul dalam kehidupan, kadar ‘kemasaman’ ujian berkadar terus dengan iman kita. Semakin tebal iman, semakin masamlah ujian yang kita terima… Contohnya, hari ini ALLAH hadirkan ujian yang masam sikit… Then kalau kita pass ujian tu, esok atau hari-hari akan datang ALLAH bagi lagi ujian yang lagi masam… kalau kita berjaya dan terus berjaya dalam ujian-uijian tersebut, kita akan terus berpindah dari kelas iman yang rendah naik ke kelas iman yang lebih tinggi. Kalau tak nak repeat test ALLAH, kenala perform betul-betul masa hadapi ujian tu… kalau tak kita kena repeat lagi, sampai kita berjaya lulus. Takkan seumur hidup kita nak repeat ujian yang sama, dan duduk dalam kelas iman yang sama?

Bukankah ALLAH dah kata,

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al Mulk: 2)

Belajarla… belajar sungguh-sungguh untuk mendidik hati, Belajarla terus bermujahadah, dan pasakkan niat kukuh-kukuh dalam jiwa, “aku nak naik kelas iman yang lebih tinggi lepas ni..”. Ya memang tidak mudah… sukar, amat sukar sekali, tetapi niat itu mesti ada… Barulah hati kita sentiasa ‘jaga’ untuk berusaha ke arah itu. Yang paling penting, minta pertolongan dan berharaplah kepada ALLAH selalu…

"Wahai orang-orang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertaqwalah kalian kepada ALLAH supaya kalian beruntung." (Ali Imran: 200)


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) KAMI, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan KAMI." (Al-Ankabut: 69)


Adakah aku masih mampu berwajah manis saatku dilanda ujian yang benar-benar masam? Tanyalah iman kita… Diri yang menulis ini mengaku, terkadang tak mampu menyembunyikan kerutan di wajah di saat terpaksa menelan ketentuan TUHAN yang dirasakan masam.. Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki… untuk menebalkan iman di jiwa! Tebalkan iman! Barulah boleh berjaya kebalkan jiwa…

<<<….Bersyukur, bersabar, berharap…. >>>


No comments: