Thursday, June 28, 2012
YANG DARINYA KITA MENGAMBIL IKTIBAR
Peringatan Sayyidina
Umar bin al-Khattab RA kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas RA dalam
menghadapi tentera Farsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:
“Sesungguhnya
aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa
kepada ALLAH swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik
persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan
engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar
berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri , lebih dari
maksiat musuh -musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih
ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka. Sesungguhnya orang -
orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka
kepada ALLAH swt. Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk
mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan
mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan
material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat
sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat
daripada kita .”
WaLLAHu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment