Thursday, October 31, 2013

BICARA MALAM











Malam sunyi sepi,
gelap menyelimuti bumi,
manusia bukan semua memahami,
ILAHI jugalah paling mengenali.

Apa ada pada penerimaan manusia,
bila pada ILAHI  sahaja syurga dan neraka.

Tugas kita usaha dan usaha,
redha ILAHI jua matlamat kita.

Bina peribadi teguh,
jiwa utuh,
minda kukuh,
jahiliyyah roboh.

Biar dipenjara nanti,
penjara ditransformasi,
pusat tarbiyah diri,
lahir ramai pejuang lagi.

Biar kalau mati dibunuh nanti,
mati syahid di sisi Ilahi,
menjadi inspirasi,
bangkit ramai pejuang lagi.

Bukan peribadi lunyai,
mudah cerai berai,
gembira melampau,
jiwa lemau.

Gigit kuat gigi geraham,
peluk erat kedua peha,
roh perjuangan dipasak dalam,
takkan lelah kita mengejar syurga.


Oleh: Hilal Asyraf, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Tentang IKHLAS

Ikhlas bukanlah perkara pertama yang perlu ada. Ikhlas perlu datang selepas faham. Sekiranya kita tidak memahami, keikhlasan kita tidak ada maknanya.

Tidak faham mencuri itu salah, maka kita mencuri dengan ikhlas, nyata tetap tidak akan kita mendapat apa-apa kebaikan daripadanya.

Namun, setelah kita memahami duduk letak sesuatu perkara itu di dalam Islam, maka kita perlulah mencari keikhlasan kita untuk melaksanakannya. Kerana tanpa keikhlasan, amalan kita tidak akan mampu memberikan makna. Keikhlasan juga adalah apa yang menghubungkan dua jiwa. Kerana akhirnya, Allah jualah yang akan menyambungkan jiwa-jiwa manusia kepada kita. Keikhlasan adalah apa yang akan menjadi jambatan antara hati kita dan mereka.

Ikhlas juga adalah bahan bakar buat kita meneruskan kerja-kerja kebaikan. Kerana kita hanya akan ikhlas apabila kita mengharapkan balasan Allah semata-mata. Bila kita mengharapkan balasan Allah semata-mata, semestinya kita tidak akan mudah berputus asa. Kerana kita yakin, segala duga, segala duka, segala apa yang datang menimpa walau sesusah mana pun ia, adalah datang daripadaNya juga. Itulah ujianNya, untuk melihat keimanan kita.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Ikhlas akan membuatkan kita terus berjalan. Kerana itulah ikhlas.
Marilah sama-sama kita mencari ikhlas, dan berusaha untuk menjaga keikhlasan kita.
Daripada hati, akan sampai ke hati juga.

Sumber:  http://langitilahi.com/11543

MUHASABAH.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia. Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

  • Berapa banyak buku telah kita telaah?
  • Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
  • Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
  • Apakah kita ini cakna isu semasa?
  • Pandaikah kita menguruskan wang?
  • Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
  • Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
  • Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana. Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga? Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?
Muhasabah.

Sumber: 
http://langitilahi.com/11493

Tuesday, November 13, 2012

Mengapa Hati Menjadi Keras? Satu Muhasabah...




Para pembaca yang dikasihi sekalian, dalam satu hadis RasuluLLAH s.aw. yang mulia, Baginda ada menyebut kepada kita,,
“Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada ALLAH SubahaanaLLAhu Ta’ala, kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras”,
Dan di hujungnya hadis tu NAbi S.AW sambung,
“Dan orang yang paling jauh daripada ALLAH, adalah orang yang hatinya keras…

Para pembaca yang dikasihi sekalian, dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu,m ayah, bos, majikan, pekerja, rakan sekerja, kita tak lari daripada bercakap, tapi persoalannya, kita nak muhasabah diri kita hari ini, kita cakap…. cakap kita itu mengingati ALLAH atau tidak? Bukan kata kita kena berzikir 24 jam, kalau boleh buat begitu bagus, alhamduliLLAH, tapi kita manusia biasa, kita kena sedar, kita manusia biasa kita tak mampu buat begitu… jadi, apa yang kita boleh buat, ialah kita cakap seperti biasa.

Tapi macam mana percakapan biasa kita itu, nak dijadikan zikir mengingati ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Contoh yang mudah, kita berbual, kita bersembang, ada tak, kita mengaitkan perbualan kita dengan ALLAH SubhaanaLLAHu Ta’ala? Kita mengatakan,
“AlhamduliLLAH kita berjaya buat, syukur… AlhamduliLLAH,  ALLAH telah memudahkan segala urusan kita, masyaALLAH.”
Itu adalah salah satu kalimah zikir. Duhai pembaca, dalam perbualan kita mengenai makan contohnya,
“MasyaALLAH sungguh sedap makanan ini. ALLAH bagi kita dapat rasa makanan ini..

Tapi persoalan kita hari ini, nak muhasabah… kita cakap dengan kawan, cakap dengan majikan, cakap dengan mak ayah, adik beradik… kita seklit tak perkara-perkara yang mengingatkan kita kepada ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala. Dan andai kata kalau kita bercakap benda yang sia-sia, saya berpesan kepada diri saya, saya pesan kepada saudara-saudara saya, kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap, banyak gelak yang sia-sia… ingat, kita berpotensi menjadi orang yang hati keras. Persoalannya kalau nabi tak kata apa-apa tentang hati keras, tidak apa.. Tapi Nabi kata, kat akhirat, orang yang paling jauh dari ALLAH adalah orang yang hati keras… itulah yang paling saya takut untuk diri saya dan kita semua.. Saya lagi banyak bercakap… Tapi saya taktau percakapan ini bermanafaat atau tidak, tapi saya berharap agar ALLAH menjadikan percakapan saya ini sebagai satu kebajikan….

Dalam cakap kita yang kita sampaikan, cuba elakkan daripada gossip, cuba elakkan daripada mengumpat, mengata, semua ini akan menbuatkan hati keras, dan orang hati keras, orang itu paling jauh dengan ALLAH SubhaanaLLAH Ta’ala…. Sedangkan kita sentiasa mengharapkan ALLAH sentiasa dekat dengan kita, untuk kita doa supaya ALLAH dengar, ibu ayah nak doa untuk anak, supayaa anak berjaya, anak doa agar ibu sentiasa dijaga oleha ALLAH Ta’ala dalam kesihatan dan iman, suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga, majikan nak doa untuk kesejahteraan company… Jadi semua orang perlukan doa, jadi kita mengharapkan ALLAH dekat dengan kita. Tapi macam mana ALLAH nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras, kategori orang yang dekat dengan ALLAH tidak ada pada  diri kita?

Cuba kita renung sekejap. Tanya diri kita macam nak buat biar percakapan kita menjadi satu zikir yang sentiasa mengingati ALLAH SubahaanaLLAH Ta’ala? Mulut kita mengeluarkan kata-kata, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak, telinga kita mendengar kata-kata kita, dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak… dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada ALLAH, andai kata kita banyak bercakap yang sia-sia…. Adakah kita termasuk dalam golongan hati keras itu? Kita sama-sama muhasabah diri… Moga ALLAH lembutkan hati-hati kita semua… Ameen, Moga kita sentiasa dekat dengan ALLAH. Moga ALLAH meredhai kita semua. Ameen


Sumber: Kuliah Ustaz Don Danial: Kenapa Hati Menjadi Keras

Tuesday, October 23, 2012

Oh Dunia





Kecantikanmu palsu melalaikan dan leka,
Hartamu sering jua menjadi pemusnahnya,
Darjat dan pangkat pun menipu daya saja
Dikejar manusia semua tiada penghujungnya.

Ramai manusia alpa, dengan tipuan dunia
Hanya yang kuat agama terselamat imannya
Jadikanlah dunia landasan ke akhirat,
Jangan jadikan ia matlamat kehidupan

Pegang di tangan dunia,
Jangan di hati jua
Berpada menerpanya
Mengikut jejak sunnah,

Sifat taqwa penyubur benih di dalam jiwa
Kehidupan bermakna sejahtera akhirnya.

Wednesday, August 15, 2012

HIJRAH





Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang

Berguguran air mata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa


Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana ALLAH
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri kekasihMU  ya ALLAH

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati

Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Munsyid : UNIC

Thursday, July 19, 2012

Forgive Me


It's Such A Cold Night
And It's So Dark
Walking Down The Streets Of Memories

I'm Here All Alone
With No One By My Side
It's Only Me Thinking Of You
With Hands Full Of Sin

o'Allah Here I Come
o'Allah I'm Crying For Forgiveness
Although I Have Betrayed You
So Many Times In The Past
o'Lord,It's So Fair For You To Punish Me

In The Morning Light
On A Sunny Day
Crying Happy Tears
Coz I'm Free

I Need You To Guide Me
Protect Me Don't Ever Leave Me
Strenghten My Faith Lightup My Heart
With The Light Of Iman

o'Allah I Want To Thank You For Saving Me
o'Allah Thank You For Giving Me Hope
I Promise You I Won't Betray You
Any More o'Lord

I Hope You'd Always Guide Me
And Lead Me To Happiness
With The Ones You Love
Together In Paradise

Song By : Brothers